 |
|
Tuesday, May 06, 2008
Blog Tunas Muda telah berpindah
Assalamualaikum.... Untuk makluman semua, blog Tunas Muda ini tidak akan digunakan lagi sebagai blog rasmi dan akan berpindah ke weblog blog yang terbaru...sila klik pada link bawah untuk melayari weblog Tunas Muda yang terbaru... http://tunasmudasmkab.wordpress.com/ atau http://tunasmuda.co.nrHarap maklum... -admin-
Posted at 07:11 pm by tenty10
Permalink
Monday, June 11, 2007
Jun 9, 2007 - Hari terakhir
5.30 pagi: Bangun dan khidmat diri
6.00 pagi: Solat subuh dan bacaan al-Ma'thurat
6.45 pagi: Perjumpaan alumni dengan tuan Pengetua. Selepas sahaja solat subuh, para peserta dibenarkan untuk pulang ke kamar masing-masing manakala fasilitator dan ajk dikehendaki tunggu di surau kerana ada perjumpaan bersama tuan pengetua. Antara yang menarik yang disampaikan oleh ustaz Yahaya adalah berkenaan dengan rancangan untuk mengumpulkan semua alumni smkab dalam satu majlis yang besar. Diharapkan dengan kesungguhan ustaz Yahaya itu majlis tersebut akan terlaksana juga. Para fasilitator dan ajk juga dihidangkan dengan beberapa pengalaman yang menarik yang pernah dilalui oleh beliau.
8.00 pagi: Sarapan pagi dan rehat Menu pada pagi ini adalah nasi lemak bungkus dan air nescafe 'O'. Para peserta dikehendaki berkumpul di dewan utama pada pukul 9.30 pagi.
10.00 pagi: Majlis Perasmian Penutup Majlis dimulakan dengan menasyidkan asmaul Husna dan diikuti dengan nyanyian lagu tema. Seterusnya ucapan dari penyelaras program, ustaz Mohd Shamsurry. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari ustaz Somad selaku PKHEM. Beliau seterusnya merasmikan majlis penutupan kem tunas muda 2007.
11.45 pagi: Salam wida
12.00 tghari: Sessi bergambar
12.45 tghari: Post morterm
2.00 ptg: Solat zuhur dan makan tengahari
3.00 ptg: Bersurai
Posted at 02:27 pm by tenty10
Permalink
Jun 8, 2007 - Hari ketiga
5.30 pagi: Bangun dan khidmat diri Pagi ini ramai yang bangun lambat gara-gara aktiviti semalam yang tamatnya agak lewat. 6.00 pagi: Solat subuh dan bacaan al-Ma'thurat Solat subuh dengan sujud sejadah berjamaah dan disusuli dengan bacaan al-Ma'thurat. 7.30 pagi: Sarapan pagi dan rehat Menu pada pagi ini adalah roti canai dan air teh O. Para peserta dibenarkan untuk berehat sebelum berkumpul semula di hadapan dewan makan untuk taklimat aktiviti yang seterusnya. 9.00 pagi: Treasure hunt Aktiviti dimulakan selepas taklimat diberikan kepada semua peserta dan fasilitator oleh ajk persediaan dan teknikal secara berasingan. Sembilan check point sediakan bermula dari dewan makan dan akan tamat di padang sekolah. Setiap check point dijaga oleh beberapa oleh fasilitator diketuai oleh ajk persediaan dan teknikal. Perjalanan aktiviti agak kurang lancar kerana beberapa kesilapan teknikal. Beberapa kumpulan telah tersalah menerima klue masing-masing dan menjejaskan perjalanan aktiviti kumpulan tersebut. Pun begitu, tindakan pantas ajk persediaan dan teknikal menyelesaikan masalah tersebut dan akhirnya semua peserta dapat sampai ke checkpoint terakhir walaupun ada juga yang tidak berjaya menyelesaikan puzzle yang diberikan. Keputusannya dimenangi oleh kumpulan 4. 12.30 tghari: Makan tengahari Didahulukan dengan peserta lelaki sebelum bergerak ke masjid dengan bas yang disedikan. Kemudian barulah giliran peserta perempuan menikmati makan tengahari selepas usrah di surau. 1.00 tghari: Solat Jumaat/Zuhur 3.00 ptg: LDK 5 4.30 ptg: Solat asar dan bacaan al-Ma'thurat 5.15 ptg: Tasmi' Hafazan Para peserta ditasmi' oleh fasilitator masing-masing untuk memperdengarkan ayat hafazan yang telah dihafaz. Alhamdulillah, kebanyakkan peserta dapat menghafaz surah yang diberikan. 6.45 ptg: Makan malam 7.30 mlm: Solat Maghrib dan tazkirah Selepas sahaja solat maghrib, program disusuli dengan majlis tazkirah. Kebetulan pada malam itu saudara Hafizi, alumni batch spm 2000 hadir lantas dijemput untuk memberi tazkirah. Banyak ilmu-ilmu dan pengalaman berguna dikongsikan bersama. Kemudian pula, saudara Nidzom dijemput untuk memberikan tazkirah. Para peserta dan fasilitator mungkin tidak dapat melupakan bagaimana demontrasi 'menjerkah' yang ditunjukkan oleh beliau. 8.45 mlm: Solat Isyak 9.15 mlm: LDK 6 Berlangsung di dewan utama. Seperti biasa, para peserta akan berkumpul dalam kumpulan bersama fasilitator masing-masing. 10.15 mlm: Muhasabah Diri Majlis disusuli dengan program keinsafan iaitu Muhasabah Diri. Dengan menggunakan slideshow dan bacaan sajak, diharapkan para peserta dapat mengambil ikhtibar daripada apa yang telah disampaikan. 11.45 mlm: Minum malam 12.15 mlm: Bacaan al-Mulk Para peserta diarahkan ke surau untuk bacaan surah al-Mulk dan aktiviti yang seterusnya. 12.30 mlm: Solat Malam Solat malam diimamkan oleh ustaz Mohd Fuad. Antara solat-solat sunat yang dilaksanakan adalah solat sunat tahjud, solat sunat taubat dan solat sunat witir 3 rakaat.
Posted at 02:25 pm by tenty10
Permalink
5.30 pagi: Bangun dan khidmat diri.
6.00 pagi: Solat subuh Alhamdulillah, semua dapat hadir awal ke surau dengan berpakaian sukan untuk bersenam selepas solat subuh.
6.45 pagi: Roll call dan senaman. Komander kem yang incharge. Para peserta diajar membuat teknik regangan ringkas dan disusuli teknik senaman tai-chi(ala-ala memegang bola). Kemudiannya para peserta diberi sedikit taklimat berkenaan surah yang perlu mereka hafaz. Surah yang menjadi pilihan untuk kem pada tahun ini adalah surah as-Sham.
        7.30 pagi: Sarapan pagi Menu pada pagi ini adalah nasi lemak bungkus dan air teh O. 9.00 pagi: Kuliah 1 Kuliah diadakan di surau oleh penceramah jemputan dengan tajuk yang amat menarik iaitu "siapa aku?".
11.00 pagi: LDK 2. Program diteruskan dengan aktiviti dalam kumpulan yang dibawa seliaan fasilitator masing-masing. 12.45 tghari: Makan tengahari. 1.20 ptg: Solat Zohor dan rehat. 2.30 ptg: LDK 3. Aktiviti berjalan di sekitar dewan utama. 4.30 ptg: Solat Asar dan bacaan al-Ma'thurat. 5.30 ptg: Riadah. Memandangkan cuaca tidak mengizinkan, riadah tidak dapat dijalankan seperti mana yang dijadualkan. Justeru itu, para peserta dikehendaki berada di surau untuk menghafaz surah yang diberikan. 6.45 ptg: Makan malam. 7.30 mlm: solat Maghrib. 8.30 mlm: Majlis Perasmian Pembukaan Kem Tunas Muda Majlis bermula seperti yang dirancangkan. Namun begitu masalah teknikal tidak dapat dielakkan. Kekurangan perkakasan teknikal sedikit sebanyak menjejaskan kelancaran majlis. Terima kasih diucapkan kepada ajk persediaan dan teknikal serta ajk tugas-tugas khas yang bertungkus lumus untuk memastikan majlis berjalan lancar. Apa yang pasti, majlis mendapat perhatian ramai apabila gimik perasmian yang ditunjukkan mendapat tepukan gemuruh para hadirin. 9.45 mlm: LDK 4 Aktiviti berjalan lancar walaupun masa tidak seberapa mencukupi untuk fasilitator menyampaikan isi kandungan modul dengan lebih terperinci lagi kepada para peserta. Malam yang penuh syahdu dan penginsafan untuk melahirkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Penyampaian sajak dan puisi menggunakan slideshow diharap dapat memberi seribu keinsafan kepada para peserta. 11.30 mlm: Solat Isyak dan minum malam. Para peserta bergerak terus ke surau untuk menunaikan solat isyak dan kemudiannya ke 'tempat makan' untuk menikmati minum malam seperti biasa. Semua fasilitator dan ajk berkumpul semula di surau untuk mendengar sedikit taklimat dan komen balas oleh ustaz Sham mengenai program seharian. Kemudian sedikit briefing disampaikan oleh komander kem mengenai aktiviti seterusnya iaitu burung hantu dan disusuli pula dengan taklimat berkenaan dengan aktiviti treasure hunt yang akan dijalankan pada esok pagi. 1.00 pagi: "Burung Hantu" Bermula selepas para peserta dikejutkan dari tidur dan berkumpul di hadapan dewan makan. Walaupun tiada dalam jadual para peserta, aktiviti memang sudah dirancang awal lagi untuk membuat sedikit kejutan kepada peserta. Aktiviti dimulakan dengan kumpulan lelaki dahulu satu per satu sambil berzikir. Setiap ahli kumpulan memegang seutas tali sambil mata ditutup dan diheret oleh fasilitator masing-masing ke tempat 'persembunyian'. Ada yang takut dan ada yang berani. Ada juga yang langsung 'tak makan saman' walaupun diusik dengan usikan yang agak 'keras'. Alhamdulillah, apa yang pasti tiada apa perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang aktiviti tersebut. 3.00 pagi: Rehat. Memandang waktu yang agak lewat, para peserta dilepaskan untuk pulang ke kamar masing-masing.
Posted at 09:26 am by tenty10
Permalink
Jun 6, 2007 - Hari pertama..
10.30 pagi: Ta'aruf dan taklimat untuk fasilitator dan ajk. Kakak-kakak dan abang-abang faci dan komiti berkumpul di surau al-mutaqqin smkab. kehadiran memberangsangkan, walaupun saudara pengarah tidak hadir kerana sedang menjalani latihan industri. Dimulai dengan taklimat pembukaan oleh pemangku pengarah. antara isi2 taklimat adalah berkaitan objektif dan matlamat tunas muda kepada peserta, bekas pelajar dan pihak sekolah.
Kemudian, taklimat diteruskan dengan pembentangan oleh ketua ajk tugas2 khas mengenai majlis perasmian yg akan diadakan pada mlm tersebut.
Seterusnya, taklimat dari ketua ajk displin dan ibadah, ajk pengisian dan bengkel, dan digulung oleh saudari timbalan pengarah 2.
Para fasi dan barisan komiti dimotivasikan oleh kata2 perangsang saudara ruhaifi, selaku senior alumni yang hadir.
sebagai penutup dan wakil pihak sekolah, taklimat diakhiri dengan wasiat-wasiat oleh ummi mawaddah.
di akhir sesi, ustaz sham memaklumkan bahawa dewan utama tidak dapat digunakan untuk pendaftaran pada malam ini kerana digunakan bagi peperiksaaan PTK sehingga esok petang.
5.00ptg: Pendaftaran peserta. Selepas solat asar berjemaah, ajk persiapan dan teknikal mengendalikan pendaftaran peserta yang tempat di dewan makan asrama. Sesi pendaftaran berjalan dengan lancar walaupun kehadiran tidak mencukupi seperti mana yang diharapkan.
7.00 malam: Makan malam. Para peserta menikmati nasi daging istimewa sebagai santapan malam yang disediakan oleh beberapa orang guru dan staf sokongan serta bantuan dari beberapa orang pelajar tingkatan 4.
7.30 malam: Solat Maghrib. Para peserta seterusnya menunaikan solat maghrib berjamaah di surau. dan kemudian program diteruskan dengan tazkirah dan sedikit ice breaking oleh saudara nazaremi.
8.45 malam: Solat Isyak. Acara diteruskan dengan solat isyak berjamaah dan kemudian disusuli dengan ucapan ringkas dari saudara ruhaifi. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi memperkenalkan diri oleh fasilitator dan ajk yang terlibat. Para peserta pula dibahagi kepada 17 kumpulan dan setiap kumpulan dipegang oleh dua orang fasilitator.
11.20: Bacaan surah Al-Mulk. 11.40: Minum malam.
Posted at 02:22 am by tenty10
Permalink
Tuesday, June 05, 2007
Jun 5, 2007 - Sehari sebelum program bermula..
4:50 pagi: Awal-awal pagi ust Sham dah hantar mesej. Ada pertambahan fasilitator perempuan katanya. Saudari Siti Nurimah. Alhamdulillah, bertambah juga bilangan alumni yang akan terlibat untuk program kali ini. Insya-Allah sempat lagi untuk buat tag nama lagi satu. Sekejap saja nak print. Untuk hari ni tak berapa pasti lagi persiapan apa yang akan dilakukan oleh committee terutamanya ajk prep & tech. Mungkin persiapan untuk menyediakan modul-modul untuk para peserta. Banyak juga rasanya nak susun semua tu. Harap ramai yang akan turun membantu Arif hari ni. Harap-harap juga mesin razo sekolah tak ada masalah untuk copy semua modul tu. Tag untuk peserta belum print lagi. Insya-Allah akan dilaksanakan pada hari ini juga.  Tag nama untuk para peserta. Bercakap pasal peserta, untuk kali ini tak pasti berapa ramai yang akan hadir. Maklumlah program pun buat tengah cuti sekolah. Tak seperti tahun lepas, program bermula waktu cuti sekolah bermula bersama program perkampungan ilmu tingkatan 3 dan 5. Dimaklumkan, Tunas Muda kali ini dianjak ke hujung cuti sekolah kerana ramai dari kalangan committee yang belum bercuti. Pun begitu, diharapkan semua pelajar tingkatan dua dapat hadir seperti mana yang diarahkan pihak sekolah. Kalau tak dapat hadir tu, pandai-pandai la adik-adik sekalian nak bagi alasan yang munasabah untuk pihak sekolah terima.
Emm..beberapa hari yang lepas, dikhabarkan salah seorang committee program terlibat dengan kemalangan jalanraya. Setakat mana seriusnya tak dapat dipastikan. Cuma yang pasti beliau selamat. Dah keluar dari wad semalam. Alhamdulillah tak ada apa yang teruk berlaku. Semoga beliau dapat hadir untuk program nanti. Insya-Allah...yang lain pun harap jaga diri elok-elok. Takut nanti berlaku apa-apa, susah semua pihak. Yang datang dari jauh terutamanya, kalau bawa kenderaan, pandu dengan cermat, bawa motor tunggang berhati-hati, semoga kalian selamat sampai ke SMKAB (yang selama ini menanti kedatangan kalian semua). Wassalam...
Posted at 06:55 am by tenty10
Permalink
Seungkap Kata Saudara Pengarah Program
"Assalamu’alaikum..
Dengan
lafaz mulia, saya mulai dengan Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, marilah
sama-sama kita merafa’kan selautan kesyukuran kepada Allah Taa’la kerana dengan
limpah Rahman dan RahimNyaTunas Muda ’07 dapat kita teruskan pada tahun ini.
Semoga program ini dapat menjadi sebahagian daripada program tahunan yang akan
berterusan setiap tahun.
Program Tunas Muda merupakan program anjuran bersama pihak Sekolah dan alumni
SMKAB. Sasaran program ini adalah pelajar tingkatan dua. Program ini adalah
bertujuan untuk melahirkan remaja yang cemerlang di dunia dan akhirat ataupun
melahirkan golongan professional ustaz/ustazah. Walaupun hanya diadakan selama tiga hari diharap ia dapat memberi manfaat kepada kumpulan sasaran tersebut dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah.
Akhir sekali, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai terdapat banyak
kelemahan sebelum, semasa dan selepas program ini dijalankan. Ana juga ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa serta para
urusetia yang bekerja keras untuk menjayakan program ini. Semoga usaha kita
selama ini mendapat keredhaan Allah dan menjadi sebahagian daripada usaha
da’wah kita dalam meletakkan Islam pada tempatnya. Syukran kasiira.." - Sdra. Mohamad Ridzuan b Baseri.
Posted at 01:14 am by tenty10
Permalink
Saturday, June 02, 2007
Sepatah dua kata penulis..
Salam sejahtera..alhamdulillah, akhirnya kem ini kembali lagi menemui adik-adik tingkatan dua SMKAB. Seperti yang sedia maklum, 6 hingga 9 Jun telah dipilih menjadi tarikh yang sesuai. Tahniah diucapkan kepada alumni yang terpilih untuk menjayakan program kali ni. Yang tak terpilih tu jangan la bersedih. Mungkin episod akan datang adalah rezekinya tu untuk anda terlibat sama.
Untuk kali ni bagi tahun 2007, tema 'Pembentukan Jatidiri Jil Rabbani' menjadi pilihan pengarah kali ini. Tahniah kepada saudara Ridzuan Baseri kerana terpilih menjadi pengarah program. Semoga enta menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin, insya-Allah. Harap comitee dan fasilitator jugak dapat memberi sepenuhnya kerjasama kepada beliau untuk sama-sama menjayakan program kali ini. Terpilih kita adalah kepercayaan pihak sekolah. Jadi diharapkan gunalah peluang ini sebaik mungkin untuk memberi sedikit sebanyak bakti kita kepada pihak sekolah.
Setakat ini dulu penulis ingin sampaikan. Minta maaf atas penulisan yang tidak seberapa ini. Untuk entry yang akan datang, penulis akan cuba mengupas lebih lanjut lagi berkenaan dengan program yang akan dilaksanakan nanti. Tinggal beberapa hari saja lagi. Wassalam..
Posted at 02:54 am by tenty10
Permalink
PENGENALAN Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling sentiasa menjadi perhatian dalam menjadi tapak kelahiran bakat-bakat baru dan pemimpin umat masa hadapan. Bakat-bakat baru ini sentiasa dinantikan oleh umat untuk berperanan secara aktif memikul beban merawat penyakit-penyakit kronik yang kian merebak dalam masyarakat. Dalam usaha menghadapi 'ghazwatul fikri' (perang pemikiran) yang direncanakan oleh musuh-musuh Islam, umat memerlukan pemuda-pemudi yang menepati ciri-ciri 'khairun ummah' dan Negara yang disebut dalam al-Quran sebagai 'Baldatun Thaiyyibun Wa Rabbun Ghaffur'. Justeru, program Tunas Muda '07 ini dirangka oleh pihak sekolah bersama pihak alumni untuk memberikan kefahaman yang sebenar kepada para peserta agar kembali meyakini Islam sebagai sumber kekuatan. Sepanjang program ini, insya-Allah penerapan dua masdar kita, al-Quran dan Assunnah akan cuba diketengahkan semampu mungkin. Selain itu, program ini akan menyelaraskan penggunaan teknologi dan teknik-teknik motivasi sebagai komponen pemudah cara dalam memberi kefahaman yang lebih jelas kepada para peserta. Justeru itu, jutaan terima kasih diucapakan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya kepada barisan-barisan Alumni SMKA Baling yang banyak berperanan. Adalah dengan ini diharapkan program Tunas Muda pada musim yang akan datang dapat berjalan dengan lebih baik dan mencapai matlamatnya. Semoga usaha kita semua beroleh barakah daripada Allah dan dikira sebagai satu kebajikan di sisinya. OBJEKTIF PROGRAM 1) Memotivasikan peserta dengan sumber motivasi yang agung, Al-Quran dan Assunnah. 2) Menjana akhlak Islamiah dan nilai-nilai kepimpinan dalam diri peserta. 3) Membangkitkan semangat peserta untuk meraih kecemerlangan dalam pelbagai aspek. 4) Memberi kesedaran kepada peserta akan tanggungjawab yang dipikul terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. 5) Membentuk kumpulan peserta yang berukhuwwah Islamiah, saling bantu-membantu sesama rakan dan saling tegur-menegur dalam kesilapan.
Posted at 01:30 am by tenty10
Permalink
|
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
|  |
 |
Jawatankuasa
Kem Tunas Muda 2007
CONTOH
Tag Nama Kem Tunas Muda
2007
Mainboard

Fasilitator (L)
Fasilitator (P)

AJK Disiplin dan Ibadah

AJK Persediaan dan Teknikal

AJK Pengisian dan Bengkel

AJK Tugas-tugas Khas

Urusetia
Imbasan
Kem Tunas Muda
2006
|
 |
 |
|  |
 |
 |
|
|
 |